as for now,tomorrow and so,,,

as for now,tomorrow and so,,,
relaxing

Wednesday, May 20, 2015

Sampul duit raya aidilfitri

Mari beli sampul duit raya..!

Salam, ok dah masuk bulan sya`ban, selang 2 minggu dah masuk bulan puasa. Yang pasti, bulan yang ditunggu-tunggu oleh semua umat Islam (kita pun). Mana tak, banyak kelebihan dalam bulan yang semua umat pun tahu khaifiatnya. Semoga kita semua dipermudahkan urusan untuk menyambut Ramadhan ini nanti.

Sempena bulan Ramadhan dan Syawal yang bakal menjelma ni, kita ada buat sedikit perniagaan (sampul duit raya). Saje nak cuba-cuba. Cuba2 nak berniaga, cuba2 belajar grafik, cuba2 mencari duit lebih..cuba2 mcm2 lagilah.

So jangan malu2. Boleh pilih mana yg berkenan. Andai kata nak buat custome sendiri, bole email saya untuk dapatkan design yg anda mahukan.

Ok, selamat menyambut bulan Ramadhan, semoga kita semua berjaya mendapat tempat yg terbaik.

Ampunkan saya, doakan saya




Code : a6



Code : a9



Code : a10

Code : a11



Code : a14





Code : a15



Code : a1





Code : a2




Code : a3




Code : a4




Code : a5



Code : a6




Code : a7




Code : a16





Code : a12



Code : a13



Jadinya, andai ada yang berkenan dihati, dibawah adalah harganya:

Harga biasa: (Free postage)
1 set=25 pcs = rm 25

Harga borong : (Postage RM 6 WM/ RM 10 EM
500 pcs = rm 275
300 pcs = rm 180
200 pcs = rm 140
100 pcs = rm 80

Dan andainya conform nak beli, bole terus comment di bawah atau terus pada saya.

Thank you, Salam

Thursday, May 22, 2014




Pengantin

Lebih kurang 3 minggu lagi majlis pernikahan. Banyak benda serabut dalam kepala (semua orang pun sama bila sampai stage ni). Tapi takpe, kita tahu formula dia, tinggal nak kena istiqamah dan jangan berputus asa untuk berubah, sebab kita percaya Allah itu maha pengampun dan maha penyayang.

Jemput semua datang pada majlis kita ni, tak dapat datang pun mohon doakan yang terbaik untuk kita yek...

Amin

ps/: Kalau ada sesiapa berminat nak kita buatkan kad ke, nak design rumah ke, nak tanya-tanya aje ke, sudi-sudi contact kita

Wednesday, May 21, 2014

Ilustration Layout





Alhamdulillah

Berpeluang melibatkan diri dalam projek pembangunan berskala besar (200 ac+). Banyak pengalaman dan ilmu yang diperoleh. Tak sangka pun ada pihak sudi beri peluang untuk menunjukkan kebolehan yang kita ada.

At some point, memangla rasa macam tak berbaloi aje kerja yang kita buat. spent a big time for this, prepare layout satu hal, amendment tak habis-habis, masuk pukul 9 pagi balik pukul 5 pagi esoknya, dengan gajinye..alahaiiii.... (belum kira kene tolak claim OT lagi tu..takpelah rezeki masing-masing)...But anyway, kita rasa cukup puas hati, dari tak pandai, terus mahir hanya dengan satu assignment yang diberi.

Semoga terus kekal berusaha dan diberikan kemudahan.

Amin

Tuesday, August 7, 2012

Rancangan Tempatan Kangar 2012-2025 - Sektor Pengangkutan

6.1 CADANGAN PEMBANGUNAN AKSESIBILITI DAN PENGURUSAN LALULINTAS 
Keadaan semasa sistem pengangkutan dan pengurusan lalulintas di kawasan RTD Kangar dilihat memerlukan peningkatan dalam aspek pengurusan dan sistem. Ini berikutan sistem sedia ada tidak mampu menampung keperluan kenderaan semasa yang semakin bertambah terutama di kawasan tumpuan utama di kawasan Bandar Kangar. Jaringan kemudahan awam yang tidak menyeluruh selain tahap fasiliti kemudahan pengangkutan seperti tempat letak kenderaan yang masih tidak mencukupi, adalah antara aspek kekurangan yang perlu dinaiktaraf padacadangan masa kini. Oleh yang demikian, beberapa inisiatif telah diusulkan bagi menyediakan suatu rencana pembangunan bagi masa hadapan bagi menampung pembangunan akan datang yang lebih pesat. 

6.1.1 STRATEGI DAN LANGKAH PEMBANGUNAN 
Pembangunan RTD Kangar akan menumpukan perhatian kepada Pembangunan Berorientasikan Transit (TOD). Ini selaras dengan dasar Rancangan Fizikal Negara: 

NPP: Konsep TOD akan dipromosikan sebagai asas perancangan bandar untuk menjamin daya maju pengangkutan awam. 
NPP: Sistem pengangkutan di semua pusat bandar utama akan mengguna pakai pembahagian mod 50:50 antara pengangkutan awam dan swasta. 



Cadangan Pembangunan Sektor Pengangkutan Dan Pengurusan Lalulintas Di Empat Lokasi Pembangunan Utama




 Di dalam Rancangan Malaysia ke-9, sejumlah 10 projek jalan telah dipohon untuk seluruh Negeri Perlis dan 3 daripadanya telah pun siap manakala 7 lagi dalam pelbagai peringkat pembinaan. 
Jalan-jalan yang telah siap ialah :- 
i. Jalan Panggas Kechil ke Kg. Baru Serai sepanjang 3.5km 
ii. Jalan Ulu Pauh ke Kg. Rambai ke Kg. Chikgu Ali sepanjang 4.0km 
iii. Jalan Batu 2 ke Kg. Santan sepanjang 1.8km 

 Jalan-jalan dalam pembinaan adalah seperti berikut 
i. Jalan lencongan dan jambatan Kurong Tengar (1.2km)
ii. Jalan dari Kg. Guar Nangka ke Kg. Chikgu Ali (1.7km) 
iii. Jalan dari Changkat Jawi ke sempadan Negeri Kedah (1.17km) 
iv. Jalan Lintasan Tengah menyambungkan Jalan Santan dengan Jalan Mata Ayer (2.9km) 
v. Jalan Bukit Keteri ke Paya Kelubi ke Semadong (4.7km) 
vi. Jalan Padang Telela ke Ulu Pauh ( 6.9km) 
vii. Jalan Padang Behor ke Jejawi (1.6km) 

 Untuk RMK-10 pula sebanyak 13 projek jalan telah dirancang iaitu :- 
i. Jalan Behor Mali ke Kg. Kepala Sepuloh (3.5km) 
ii. Jalan motosikal melintasi landasan kereta api dari Kok Mak ke FELDA Rimba Mas (2.0km) 
iii. Jalan Kg. Wai ke Tebing Tinggi menyusuri Sg. Perlis (33.5km) 
iv. Jalan Padang Nyu ke Rani Estet ke Jalan Pdang Siding ( 3.5km) 
v. Jalan Kg, Salang ke Kg. Abi Tok Hashim ke Kg. Nisam termasuk 2 jambatan (1.8km) 
vi. Jalan Semadong ke Bukit Chabang (3.8km) 
vii. Jambatan Kuala Sg. Baru (1.0km) 
viii. Jalan Sg. Adam ke Kg. Banat (4.0km) 
ix. Jalan Long Boh ke Behor Mempelam (5.0km) 
x. Jalan Sg. Batu Pahat ke Wang Mu (9.5km) 
xi. Jalan Batu Bertangkup ke Timah Tasoh termasuk jejambat melintasi landasan kereta api (6.0km) 
xii. Jalan Seriab ke Bangsal Lebah (3.0km) 

 Dengan terlaksananya kesemua projek-projek jalan ini, Negeri Perlis dijangka akan mempunyai rangkaian sistem perhubungan yang lebih baik dan semua petempatan akan mempunyai akses berturap sekurang-kurangnya pada kategori jalan tempatan. 




PENGUKUHAN SISTEM JARINGAN PENGANGKUTAN INTER DAN INTRA DAN MEMPERTINGKATKAN AKSES DENGAN MEMPERBAIKI HUBUNGAN JALAN

 Strategi ini penting untuk mewujudkan pertumbuhan ekonomi lestari di kawasan RTD Kangar. Pertalian wilayah antara konurbasi Kuala Lumpur dan Thailand mampu mempertingkatkan pergerakan dan menggalakkan pertumbuhan ekonomi bagi kawasan ini. Hubungan antara bahagian utara dan selatan kawasan Kangar perlu di pertingkatkan dengan pelbagai alternatif pengangkutan awam seperti kereta api dan jalan raya. 

 KOMPONEN CADANGAN 
1. Laluan kenderaan persendirian 2 hala 2 lorong. 
2. Laluan BRT 2 hala 1 lorong. 
3. Hentian bas di setiap 2km sepanjang jalan cadangan. 
4. Rizab utiliti 3 meter kiri dan kanan. 
AGENSI 
1. Majlis Perbandaran Kangar 
2. Pihak Swasta 
TEMPOH PELAKSANAAN 
Pembangunan mempunyai 3 peringkat 
CATATAN 
Cadangan pembangunan perlu dirujuk bersama Garis Panduan Khusus Bus Rapid Transit 



RAJAH 6.1.2 Pelan Sisip Cadangan Penaiktarafan Jalan Untuk Projek BRT 
















Gambaran Grafik Cadangan Penaiktarafan Jalan Untuk Projek BRT. 



NAIKTARAF JALAN R172, 1002, R122 DAN R16, UNTUK PROJEK PEMBANGUNAN BUS RAPID TRANSIT.



KOMPONEN CADANGAN 
1. Laluan kenderaan persendirian 2 hala 2 lorong. 
2. Laluan BRT 2 hala 1 lorong. 
3. Hentian bas di setiap 2km sepanjang jalan cadangan. 
4. Rizab utiliti 3 meter kiri dan kanan. 
AGENSI 
1. Majlis Perbandaran Kangar 
2. Pihak Swasta 
TEMPOH PELAKSANAAN 
Pembangunan mempunyai 3 peringkat 
CATATAN 
Cadangan pembangunan perlu dirujuk bersama Garis Panduan Khusus Bus Rapid Transit 














 KOMPONEN CADANGAN 1. 1 Bangunan Terminal Pengangkutan 2. Laluan bas ekspres dan bas henti-henti. 3. 1 stesyen teksi AGENSI 1. Majlis Perbandaran Kangar 2. Pihak Swasta TEMPOH PELAKSANAAN Pembangunan mempunyai 3 peringkat LOT TERLIBAT 940, 941, 942, 943, 8327, 8328, 8322, 8323, 8324, 8325 CATATAN Cadangan pembangunan perlu dirujuk bersama cadangan pembangunan projek Bus Rapid Transit (PG 3 C1) KOMPONEN CADANGAN 1. 1 Laluan Basikal Selebar 1.2 meter. 2. Pos Pengumpulan Basikal AGENSI 1. Majlis Perbandaran Kangar 2. Pihak Swasta TEMPOH PELAKSANAAN Pembangunan mempunyai 1 peringkat CATATAN Cadangan pembangunan perlu dirujuk bersama garis panduan khusus Projek penggunaan basikal dalam bandar berfungsi untuk menyediakan akses kepada pengguna bagi jarak perjalanan pendek, seperti untuk tujuan ke lokasi yang berhampiran, bersiar-siar dan perjalanan transit-kerja yang selamat dan mudah. Projek penggunaan basikal akan diserap dengan penggunaan teknologi moden, di mana basikal akan disediakan dan pengguna akan menggunakan basikal untuk apa-apa tujuan dengan istilah `disewa. Stesyen pengumpulan basikal setempat akan disediakan bagi memudahkan pengguna untuk memperoleh basikal di seluruh kawasan cadangan. JUSTIFIKASI CADANGAN 1. Menghubungkan setiap kawasan yang penting dan memberi kemudahan kepada pengguna untuk bergerak 2. Mampu mengurangkan kesesakan dalam bandar 3. Keselamatan pengunjung terjamin kerana lorong berbasikal khas disediakan 4. Sebagai satu usaha kerajaan negeri dalam mewujudkan pembangunan berteraskan Pembangunan Mampan 5. Mampu mewujudkan masyarakat sihat 6. Penggunaan ruang bandar yang menyeluruh KOMPONEN CADANGAN 1. 1 Laluan Pejalan Kaki Selebar 1.2 meter. AGENSI 1. Majlis Perbandaran Kangar 2. Pihak Swasta TEMPOH PELAKSANAAN Pembangunan mempunyai 1 peringkat CATATAN Laluan pejalan kaki dilengkapi dengan kemudahan lampu jalan dan lanskap lembut bagi menambah keindahan dalam kawasan cadangan JUSTIFIKASI CADANGAN 1. Menghubungkan setiap kawasan yang penting dan memberi kemudahan kepada pengguna untuk bergerak 2. Pos kawalan keselamatan disediakan bagi menjamin keselamatan pengguna 3. Keselamatan pengunjung terjamin kerana lorong pejalan kaki yang diasingkan dengan laluan kenderaan 4. Sebagai satu usaha kerajaan negeri dalam mewujudkan pembangunan berteraskan Pembangunan Mampan 5. Mampu mewujudkan masyarakat sihat 6. Penggunaan ruang bandar yang menyeluruh 7. Antara aspek penting yang memacu keindahan kawasan cadangan dengan mewujudkan elemen lanskap yang menarik KOMPONEN CADANGAN 1. Pelebaran jalan sediada selebar 66’. 2. Rezab jalan di kiri dan kanan jalan selebar 20’ 3. Hentian bas. AGENSI 1. Majlis Perbandaran Kangar 2. Pihak Swasta TEMPOH PELAKSANAAN Pembangunan mempunyai 2 peringkat. CATATAN Cadangan penaiktarafan jalan adalah berkaitan dengan cadangan Pembangunan Rekabentuk Di Sahal Perlis (Rujuk cadangan RB 5) KOMPONEN CADANGAN 1. Menambah laluan bas. 2. Penetapan jarak masa laluan bas. AGENSI 1. Majlis Perbandaran Kangar TEMPOH PELAKSANAAN Pembangunan mempunyai 3 peringkat CATATAN Berfungsi meningkatkan aliran pengakutan awam dalam menarik lebih ramai pengguna kenderaan awam.